Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA KEBENARAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN SURAU KAMPUNG PARIT DARIM MUKIM 7, PARIT RAJA 86400 BATU PAHAT, JOHOR.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Surau Kampung Parit Darim, Mukim 7, Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran untuk dirobohkan bagi tujuan pembinaan semula bangunan surau yang baru. Maklumat bagi surau yang akan dirobohkan. i. Bahawa perkakas lama Surau Kampung Parit Darim, Mukim 7, Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor yang akan dirobohkan hendaklah disimpan untuk kegunaan Surau baru. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada Masjid atau Surau yang berhampiran, dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat-tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk memberi barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan Surau baru Surau Kampung Parit Darim, Mukim 7, Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI