Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA BAGI MEROBOHKAN SURAU KAMPUNG PARIT WAHAB DAN MENGUKUR ARAH KIBLAT DI SURAU BARU KAMPUNG PARIT WAHAB BENUT PONTIAN, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Surau An Nur Kampung parit Wahab, Mukim Benut Pontian, Johor diberi kebenaran untuk dirobohkan." Maklumat bagi surau yang akan dirobohkan. i. Surau An Nur Kampung parit Wahab, Mukim Benut Pontian, Johor yang akan dirobohkan hendaklah disimpan untuk kegunaan Surau baru. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada Masjid atau Surau yang berhampiran, dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat-tempat tersebut diatas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk memberi barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan Surau baru Surau An Nur Kampung parit Wahab, Mukim Benut Pontian, Johor. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI