Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MENGGUNAKAN BANGUNAN BARU MASJID DAN SOLAT JUMAAT DI MASJID PARIT LAMAN MUKIM 18 BATU PAHAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: " Masjid Parit Laman, Mukim 18, Batu Pahat Johor, yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran mendirikan solat jumaat dan ibadat yang lain sehingga satu pengisytiharaan sebaliknya dilakukan. Manakala kebenaran mendirikan solat jumaat di surau Pasir Kassim Parit Laman, mukim 18 Batu Pahat, Johor adalah di tarik balik". Justeru, Semua jemaah yang bermaustautin hendaklah bersolat jumaat di Masjid Parit Laman, Mukim 18 Batu Pahat Johor yang telah disiap pembinaannya dan boleh digunai pakai". Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Sebelum solat Masjid Parit Laman, Mukim 18, Batu Pahat Johor didirikan, maka maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan masjid tersebut. ii. Jumaat terakhir di surau Kasim jaya parit Laman, mukim 18, Batu Pahat Johor hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di surau Kasim Jaya Parit Laman, mukim 18 Batu Pahat, Johor ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah kariah ini akan bersolat di masjid baru Kampung Parit Laman, Mukim 18, Batu Pahat, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai.” iii. Jumaat pertama di masjid Parit Laman, Mukim 18 Batu Pahat, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa masjid Parit Laman, Mukim 18, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI