Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU AN NUR TAMAN STULANG LAUT, MUKIM BANDAR, JOHOR BAHRU
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: " Surau An Nur, Taman Stulang Laut, Johor Bahru diberi kebenaran menaik taraf Surau Jumaat kepada masjid sehingga satu pengisytiharaan sebaliknya dilakukan. Maklumat bagi surau yang akan dirobohkan: i. Bahawa perkakas lama Surau An Nur, Taman Stulang Laut, Johor Bahru yang akan dirobohkan hendaklah dihadiahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas, tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin, dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan baru surau An Nur, Taman Stulang Laut, Johor Bahru".. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI