Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEMBINA MASJID BANDAR SERI ALAM PERSISIRAN SERI ALAM, PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: " Masjid Bandar Seri Alam, Jalan Rimbun, Masai Johor Bahru yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan dan diisytiharkan sbagai tempat untuk mendirikan solat jumaat sehingga satu pengisytiharaan sebaliknya dilakukan. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Sebelum solat Jumaat Masjid Bandar Seri Alam, Jalan Rimbunan Masai Johor didirikan, maka maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan masjid tersebut. ii. Jumaat pertama di Masjid Bandar Seri Alam, Jalan Rimbunan Masai Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Bandar Seri Alam, Jalan Rimbunan Masai Johor kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI