Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA PERMOHONAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN MASJID PARIT TERUS, JALAN PARIT ISMAIL, BENUT, PONTIAN JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya : “Masjid Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian Johor diberi kebenaran untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan semula bangunan masjid yang baru”. Maklumat bagi masjid yang kan dirobohkan : i. Bahawa perkakas lama Masjid Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian Johor yang akan dirobohkan hendaklah disimpan bagi kegunaan masjid baru yang akan siap dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan baru Masjid Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian Johor”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI