Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA PELUPUSAN BARANGAN BALAI MASJID, MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU
سم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Bahawa perkakas lama Balai Masjid, Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru hendaklah dihibahkan kepada masjid-masjid atau surau-surau atau madrasah atau balai masjid atau balai surau atau asrama atau balai kebajikan Islam. Sekiranya ditawarkan kepada tempat tersebut di atas, tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin, dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf." "Adapun mimbar Masjid Sultan Abu Bakar, yang juga hendak dilupuskan hendaklah dibawa sembah maklum mohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor terlebih dahulu." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI