Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON KEBENARAN MEMBAIKPULIH BUMBUNG BANGUNAN MASJID KAMPUNG BARU SRI GADING, BATU PAHAT
سم الله الرحمن الرحيم Setelah membuat penelitian segala maklumat yang dikemukakan, keputusan sebagaimana berikut: Alhamdulillah fatwanya: " Masjid Kampung Baru Mukim Sri Gading, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran untuk ditutup buat sementara waktu, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih bumbung masjid tersebut." Maklumat bagi masjid yang akan dibaik pulih: i. Bahawa perkakas lama Masjid Kampung Baru Mukim Sri Gading, Batu Pahat yang akan dibaik pulih hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid sekiranya diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar Islam atau balai kebajikan Islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut diatas, tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti kipas angin, almari, mimbar dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid baru. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI