Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN MASJID KAMPUNG BENDAHARA, JOHOR BAHRU
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Masjid Kampung Bendahara, Johor Bahru diberi kebenaran untuk diroboh bagi memberi laluan kepada pembinaan semula bangunan masjid yang baru. Justeru semua jemaah yang bermastautin di kawasan ini hendaklah menunaikan solat Jumaat di mana-mana masjid yang berdekatan seperti Masjid Kampung Melayu Majidee atau di Masjid Kampung Dato` Sulaiman Menteri Majidee sehingga pembinaan bangunan baru masjid siap dan boleh diguna pakai. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI