Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA KEBENARAN MENGGUNAKAN MASJID BARU KAMPUNG PARIT TERUS, JALAN PARIT ISMAIL, MUKIM BENUT, PONTIAN, JOHOR BAGI MENUNAIKAN SOLAT FARDHU LIMA WAKTU DAN SOLAT JUMAAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulilah fatwanya : “Masjid Kampung Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Mukim Benut, Pontian, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di Balai Masjid Kampung Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Mukim Benut, Pontian, Johor adalah ditarik semula kebenarannya”. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti :- i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Balai Masjid Kampung Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Mukim Benut, Pontian, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ...................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Balai Masjid Kampung Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Mukim Benut, Pontian, Johor ini adalah kali terakhir. Semua jemaah akan bersolat Jumaat di Masjid Kampung Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Mukim Benut, Pontian, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai”. iii. Jumaat pertama di Masjid Kampung Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Mukim Benut, Pontian, Johor sebelum solat Jumaat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharaan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Kampung Parit Terus, Jalan Parit Ismail, Mukim Benut, Pontian, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI