Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEMBAIKPULIH MASJID BATU 23 LENGA MUKIM DUN JORAK DAERAH MUAR DAN FATWA MEINDAHKAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA KE BALAI RAYA KAMPUNG BATU 23 LENGA, MUAR
سم الله الرحمن الرحيم Setelah membuat penelitian segala maklumat yang dikemukakan, keputusan sebagaimana berikut: Alhamdulillah fatwanya: " Masjid Kampung Batu 23 Lenga, Mukim Lenga, Dun Jorak, Muar yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat dan diisytiharkan sebagai tempat mendirikan solat Jumaat manakala kebenaran solat Jumaat sementara di Balai Raya Kampung Baru 23 Lenga adalah ditarik balik." Sehubungan itu peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Jumaat terakhir di Balai Raya Kampung Baru 23 Lenga Muar hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ............ selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Balai Raya Kampung Baru 23 Lenga Muar ini adalah kali terakhir. Semua jemaah kariah ini akan bersolat di Masjid Kampung 23 Batu Lenga Muar yang telah siap pembinaanya dan boleh diguna pakai." ii. Jumaat pertama di Masjid Kampung 23 Batu Lenga Muar sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Kampung 23 Batu Lenga Muar diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat sementara bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI