Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU ASHABUL JANNAH, TAMAN NUSANTARA, GELANG PATAH, JOHOR BAHRU
سم الله الرحمن الرحيم Setelah membuat penelitian segala maklumat yang dikemukakan, maka keputusannya sebagaimana berikut: Alhamdulillah fatwanya: " Surau Ashabul Jannah, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru diberi kebenaran dan diisytihar sebagai tempat mendirikan solat fardu Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan." Sehubungan itu peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Sebelum solat Jumaat di Surau Ashabul Jannah, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru didirikan, maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumankan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan masjid tersebut. ii. Jumaat pertama di Surau Ashabul Jannah, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Ashabul Jannah, Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat sementara bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI