Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT DI PULAU-PULAU DAERAH MERSING
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Demi meningkatkan syiar agama Islam serta kemaslahatan bagi penduduk di pulau sekitar daerah Mersing, maka masjid sedia ada di Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Sibu Besar dan Surau Jumaat Pulau Sibu Tengah Resort dikekalkan tarafnya sebagai masjid dan surau Jumaat. Manakala pulau yang bilangannya kurang daripada 40 orang tetap, wajib mendirikan solat Jumaat dengan bertaklid kepada mazhab yang tidak mensyaratkan bilangan jemaahnya seramai 40 orang. Solat Jumaat tersebut hendaklah dilaksanakan sebagaimana biasa. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI