Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA DAN KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU DAN MENGGUNAKAN KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI BALAI MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang telah siap pembinaan baik pulih dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. manakala Solat Jumat sementara di Balai Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru adalah ditarik balik semula kebenarannya" Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli qaryah terutama penduduk yang bermastautin bagi Kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di Balai Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli qaryah dan umat Islam di Balai Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai.” iii. Jumaat pertama di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru diberi kebenaran dan diistiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli qaryah ini dan umat Islam sehingga diistiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI