Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MENGGUNAKAN SURAU BATU BADAK SEGAMAT BAGI SOLAT JUMAAT SEGAMAT
سم الله الرحمن الرحيم Setelah membuat penelitian segala maklumat yang dikemukakan, maka keputusan adalah sebagaimana berikut, Alhamdulillah fatwanya: "Surau Batu Badak Segamat Johor diberi kebenaran bagi mendirikan solat Jumaat sementara waktu, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih Masjid Istiqamah, Kampung Tasik Segamat, Johor. Apabila kerja tersebut siap maka kebenaran tersebut akan terbatal dengan pengisytiharan yang akan dilakukan." Sehubungan dengan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendalah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di balai raya Masjid Istiqamah, Kampung Tasik Segamat, Johor baru hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ............ selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Masjid Istiqamah, Kampung Tasik Segamat, Johor ini adalah kali terakhir (buat sementara waktu) kerana bangunan ini akan dibaik pulih. Semua jemaah kariah ini akan bersolat Jumaat dan solat 5 waktu di Surau Batu Badak Segamat, Johor buat sementara waktu sehingga kerja-kerja ini siap dan boleh digunakan dan diisytiharkan penggunaannya." iii. Jumaat pertama di Surau Batu Badak Segamat, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Batu Badak Segamat, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat buat sementara bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga satu pengisytiharan sebaliknya." iv. Berhubung dengan perkakas yang akan ditukar hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid pada masa akan datang. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai kebaikan Islam. v. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut diatas, tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI