Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA DAN KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI BALAI ISLAM MAJSID SULTAN ABU BAKAR DAN MENANGGUHKAN KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI MASJID SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Balai Islam Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru diberi kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat buat sementara waktu sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan, bagi memberi laluan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf masjid tersebut." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: Sebelum Solat Jumaat dibalai Islam Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru didirikan, maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan masjid tersebut. ii. Jumaat terakhir di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli qaryah dan umat Islam di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru ini adalah kali terakhir. Semua Jemaah akan bersolat di balai Islam Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru sementara menanti kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf masjid siap dan boleh diguna pakai” iii. Jumaat pertama di Balai Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: “Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ………. selaku Kadi Daerah ………. bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengistiharkan bahawa Balai Islam Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru diberi kebenaran dan diistiharkan tempat solat Jumaat sementara waktu bagi ahli qaryah ini dan umat Islam sehingga diistiharkan sebaliknya dilakukan. Kemuliaan dan kesuciaan serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga.” والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI