Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN MASJID AL FALAH KAMPUNG PARIT GANTUNG, SRI MERLONG RENGIT DAN SEMAKKAN SEMULA ARAH KIBLAT SERTA PERMOHONAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI BANGUNAN SURAU 2, KAMPUNG PARIT GANTUNG, MUKIM RENGIT, BATU PAHAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dengan penuh penelitian segala maklumat yang telah dikemukakan, maka keputusan sebagaimana berikut: Alhamdulillah fatwanya: "Masjid Al Falah Kampung Parit Gantung Sri Merlong, Rengit Batu Pahat yang telah siap pembinaannya dan boleh diguna pakai, diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di Surau 2, Kampung Parit Gantung, Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat adalah ditarik semula kebenarannya." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: i. Maklumat ini hendalah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di balai raya Surau 2, Kampung Parit Gantung, Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat baru hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ............ selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Surau 2, Kampung Parit Gantung, Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat ini adalah kali terakhir. Semua jemaah kariah ini akan bersolat di Masjid Al Falah Kampung Parit Gantung Sri Merlong, Rengit Batu Pahat yang telah siap pembinaanya dan boleh diguna pakai." iii. Jumaat pertama di Masjid Muttaqin, Kampung Seri Jaya, Serom, Tangkak, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Al Falah Kampung Parit Gantung Sri Merlong, Rengit Batu Pahat diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat sementara bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga satu pengisytiharan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI