Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM DIAGNOSIS “MEDICAL FUTILITY” DAN ARAHAN AWAL PERUBATAN (ADVANCE MEDICAL DIRECTIVE-AMD) DALAM PENJAGAAN AKHIR HAYAT (END OF LIFE CARE) DI MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i. Harus bagi pengamal perubatan yang berkelayakkan membuat Diagnosis “Medical Futility” yang menjurus kepada penamatan rawatan utama atau kuratif dalam keadaan-keadaan berikut: a) Rawatan utama yang diberikan tidak lagi berkesan dan tidak menjurus kepada penyembuhan; dan b) Rawatan utama atau kecemasan dianggap sia-sia (would be futile) dan tidak lagi memberi kesan ii. Pelaksanaan Diagnosis “Medical Futility” hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: a) Dilaksanakan secara professional oleh satu pasukan pakar perubatan dengan mengambil kira prognosis, diagnosis (termasuk jangka hayat) dan kualiti hidup pesakit; b) Mengambil kira semua pandangan kepakaran yang terlibat (multi-b discipline) dan c) Perbincangan bersama waris terdekat (family conference) iii. Hukum pelaksanaan arahan awal perubatan (AMD) adalah harus. Sekiranya berlaku percanggahan dalam pelaksanaan (AMD) diantara pihak pesakit dengan pakar perubatan, maka pandangan pakar perubatan adalah lebih diutamakan iv. Satu garis panduan yang melibatkan isu-isu etika berkaitan penjagaan akhir hayat hendaklah dikeluarkan sebagai rujukan kepada pengamal perubatan tanah air yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pesakit ini. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI