Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

ISU ESQ LEADERSHIP TRAINING
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Negeri Johor Darul Takzim dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ dengan syarat setelah membuat perubahan dan memperbetulkan segala fakta, kenyataan dan apa jua aktiviti atau perlakuan yang menimbulkan keraguan kepada masyarakat. Panel syariah yang dilantik oleh ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah

chevron_left KEMBALI