Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

TUNTUTAN HARTA PUSAKA DARIPADA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menjawab persoalan yang dikemukakan sahaja iaitu: “ Apabila seorang pencarum dalam caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal dunia, maka wang tersebut (KWSP) adalah sebagai harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut hukum Faraidh. Ia tidak boleh dijadikan sebagai harta sepencarian. Walaubagaimanapun, pihak isteri boleh membuat tuntutan terhadap wang tersebut dalam kes-kes tertentu sekiranya bekas suami tidak menjalankan tanggungjawab seperti tidak memberi nafkah yang selayaknya.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI