Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN TARIAN KUDA KEPANG
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Demi menjaga dan memelihara kesucian pegangan akidah Islamiyah Umat Islam, maka permainan Kuda Kepang sama ada tarian biasa atau dramatari adalah Haram dipersembahkan dalam apa jua bentuk, masa dan tempat. Pengharaman ini adalah kerana ia boleh merosakkan pegangan akidah Islamiyah di kalangan masyarakat awam disebabkan antara natijahnya membawa kepada permainan Kuda Kepang Gelanggang yang bercanggah dengan akidah, Syariah dan akhlak Islamiyah. Oleh itu, semua Umat Islam di Negeri Johor Darul Takzim dilarang melibatkan diri dengan permainan Kuda Kepang tarian biasa atau dramatari sama ada dengan cara: 1. Menganjur, mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain, atau 2. Menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan permainan Kuda Kepang tarian biasa atau dramatari sama ada melalui media cetak atau media elektronik, atau; 3. Memberikan sokongan moral atau material atau kedua-duanya sekali kepada sesiapa yang terlibat dengan permainan Kuda Kepang.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI