Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PEMBAYARAN ZAKAT BAGI AMIL ZAKAT HARTA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menjawab persoalan yang dikemukakan sahaja iaitu: 1. Upah Amil yang diterima oleh AMIL HARTA adalah wajib dikeluarkan zakat 2.5% sama seperti zakat pendapatan setelah memenuhi syarat-syarat wajib zakat iaitu Islam, memiliki cukup Nisab dan cukup Haul. 2. Upah Amil yang diterima oleh Amil Koperat adalah wajib dikeluarkan zakat 2.5% ke atas pendapatan syarikat yang diwakilinya setelah memenuhi syarat-syarat wajib zakat iaitu Islam, memiliki cukup nisab dan cukup haul.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI