Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

ISU MEROBOHKAN SURAU SUTERA RESORT, KOTA TINGGI
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Surau Nur Muhammad dibina di dalam Kawasan Sutera Resort, Kampung Bukit Sedili Besar, Kota Tinggi adalah sebagai tempat orang Islam mendirikan solat. Ianya tertakluk dengan hukum hakam masjid yang antaranya wajib dipelihara kehormatan dan kesuciannya termasuk tidak membenarkan penganut agama lain selain Agama Islam menggunakannya untuk upacara keagamaan mereka. Demi menjaga ketinggian Islam sebagaimana yang terdapat dalam Maqasid Syariah ( prinsip-prinsip asas syarak) yang meletakkan lafaz Hifzud Din ( penjagaan dan mempertahankan agama) perkara pertama, dan demi memelihara kesucian surau daripada dinodai serta dicemari berlakunya perbuatan dan amalan bid’ah dengan dijadikan surau tersebut sebagai tempat melambangkan penyuburan fahaman Pluralisme agama yang mengancam pegangan akidah masyarakat Islam, juga demi menjaga teladan kepada yang lain supaya sensitif dengan agama Islam seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Islam adalah Agama Negara, maka merobohkan Surau Sutera Resort, Kampung Bukit Sedili Besar, Kota Tinggi adalah harus menurut hukum syarak. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI