Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

TAPAK WAKAF DI ATAS PTB20003 TAPAK KOMPLEKS MADRASAH AL-QURAN WADDIN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. “Harus menurut hukum syarak membangunkan tanah wakaf selain daripada kehendak sighah atau hujah atau syarat nyata dengan syarat:- a) Sekiranya tiada keperluan untuk dibangunkan mengikut kehendak sighah atau hujah waqaf atau syarat nyata. b) Memberikan maslahat kepada waqaf c) Tidak hilang ‘ain waqaf tersebut 2. Hasil daripada tanah waqaf tersebut boleh diberikan untuk pembiayaan Madrasah Al-Quran Waddin atau diberikan kepada sekolah-sekolah agama yang lain atau diberikan untuk kebajikan orang Islam. 3. Segala aktiviti perniagaan atau ekonomi diatas tapak tersebut hendklah tidak menghilangkan status waqaf. 4. Apa-apa bentuk pembangunan yang dibangunkan hendaklah tidak bertentangan dengan syarak, juga hendaklah tidak mengakibatkan tanah tersebut terjual atau terlepas selama-lamanya dari pegangan Majlis Agama Islam Johor sebagai pemegang Amanah tunggal waqaf di Negeri Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI