Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CADANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Menolak cadangan pindaan undang-undang berkaitan dengan pertukaran agama kerana jelas bahawa cadangan pindaan yang dibuat akan menyentuh, mengurangkan dan menghilangkan bidang kuasa mahkamah syar’iyah dan undang-undang syar’iyah serta tidak selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh negeri, enakmen-enakmen negeri yang berkuatkuasa dan hukum syara’. Bagi menjamin ketertinggian agama islam dalam negara kita, apa yang menjadi milik agama islam hendaklah perlu terus dipertahankan. Oleh kerana mahkamah syar’iyah, muallaf dan agama anak adalah isu yang sangat berhubung rapat dengan ketertinggian agama islam yang mana-mana raja melayu adalah ketuanya, maka perlu bagi Majlis Raja-Raja membuat arahan yang jelas bagi memastikan kedudukan agama islam dan mahkamah syar’iyah ini telah dipertahankan.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI