Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

BAJET MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 2014
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Bersetuju menerima Bajet majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tahun 2014 dengan mengambil kira beberapa perkara seperti berikut:- 1. Kesemua perbelanjaan berkaitan dengan pembangunan masjid hendaklah dipastikan bahawa tiada digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang tiada kaitan dengan bangunan masjid seperti menurap jalan dan membuat Landscap. 2. Majlis hendaklah tidak melabur dalam apa-apa aktiviti perniagaan yang mempunyai risiko bagi menjamin wang zakat tidak mengalami kerugian. 3. Majlis hendaklah mengelak menggunakan kalimah “lebihan zakat” dalam bajet supaya tidak di salah faham oleh pihak-pihak tertentu. 4. Keturunan Syed Alawi di Mekah tidak lagi dapat dikesan (إنتهاء موقوف عليه), justeru Wakaf Khas Ungku Muhsin yang selama ini diagihkan kepada keturunan Syed Alawi yang menuntut dan tinggal di Ribat di Mekah harus dipindahkan pengagihannya ke asrama sekolah-sekolah agama swasta yang terdapat di Negeri Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI