Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENGAMBILAN BALIK TANAH (PBT) KEATAS TANAH WAKAF BAGI TUJUAN PROJEK PEMBINAAN SUNGAI SEGAMAT-SUNGAI GENUANG-SUNGAI CODAN,SEGAMAT JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Cadangan pengambilan tanah (PBT) ke atas tanah wakaf lot3257 tapak kebajikan agama islam (Sekolah Agama Kampung Jawa,Segamat) sahaja bagi tujuan projek pembinaan lencongan banjir sungai Segamat – sungai Gunuwang – sungai Codan, Segamat Johor dan kerja – kerja berkaitan adalah harus menurut hukum syarak demi kepentingan dan maslahat umum. Keharusan ini adalah dengan melaksanakan istabdal tapak iaitu menggantikan tapak yang diambil dengan tapak yang lain dengan syarat tapak tersebut mempunyai :- 1.keluasan sama besar atau lebih besar. 2.sama nilainya atau lebih tinggi nilainya. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI