Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA CADANGAN MEMINDAHKAN PERKUBURAN DIATAS LOT 888 KAMPUNG PARIT SUMARTO MUKIM SERI GADING BATU PAHAT JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Jawatankuasa fatwa negeri Johor bersetuju dengan cadangan memindahkan perkuburan diatas lot 888 Kampung Parit Sumarto Mukim Seri Gading Batu PahatJohor dengan kos pemindahan kubur ditanggung oleh Puri Cemerlan Sdn Bhd selaku pihak pemaju ”. - Keharusan ini adalah berdasarkan kepada maslahat menjaga maruah dan kesucian kubur orang islam.Pihak yang berwajib hendaklah memastikan terlebih dahulu jumlah perkuburan yang bertanda (mempunyai nisan) dan tidak bertanda (tidak bernisan) dengan ap acara yang boleh membantu pengesanan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab terutama pekerja pemindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung sekiranya mereka memberi pandangan bahawa Kawasan yang terlibat dengan pemindahan itu terdapat lebih daripada 70 buah kubur yang perlu dipindahkan.Perkerja yang akan melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran didalam kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. - Sewaktu pemindahan mayat-mayat dari kubur ketempat atau Kawasan lain dijalankan,syarat-syarat berikut hendaklah diikuti : 1. perkara yang terlibat dalam pemindahan ini hendaklah berniat bahawa kerja ini dilakukan demi kepentingan dan kemaslahatan umum kerana Allah Taala. 2. kerja -kerja pemindahan hendaklah dilakukan dengan penuh cermat,teliti,berhati-hati dengan penuh adab dan displin. 3. pekerja pemindahan hendaklah beragama islam lagi menutup aurat. 4. sekiranya ada waris kepada mayat-mayat yang dikebumikan dikawasan tersebut,hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka (waris). 5.sebelum kerja-kerja pemindahan kubur dilakukan hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada pejabat setiusaha kerajaan negeri Johor (cawangan hal ehwal dalam),pihak Kesihatan dan pihak Polis. 6. semasa kerja-kerja pemindahan dilakukan hendaklah dihadiri oleh : a.Kadi daerah atau wakil b.Polis c.Penghulu d.Ketua Kampung e.Pegawai pejabat kesihatan f.Pengerusi masjid atau wakil g.Imam masjid h.Mereka yang difikirkan perlu oleh Penghulu 7. Sebelum kerja-kerja pemindahan dilakukan dicadangkan diadakan majlis tahlil dan doa aruah bagi dihadiahkan kepada aruah yang telah dikebumikan ditanah perkuburan tersebut, juga membaca doa selamat agar segala kerja yang akan dijalankan berjalan dengan lancer tanpa gangguan dan halangan. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI