Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CADANGAN UNTUK MENAMBAH PERKATAAN SYIAH DALAM KEPUTUSAN LUJNAH FATWA NEGERI JOHOR PADA 17 JUN 1996 MENGENAI AJARAN SYIAH
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Bersetuju dengan fatwa yang telah diputuskan oleh lujnah fatwa yang bersidang pada 7 jun 1996 berhubung ajaran syiah dan bersetuju untuk menambah perkataan syiah pada perkara 5 dalam keputusan tersebut sebagaimana berikut: 1. Bersetuju suapay keputusan muzakaroh jawatankuasa fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 september 1984 {kertas bil/84/8/2,perkara (2).4.2} mengenai aliran syiah yang menetapkan seperti berikut: “setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini jawatankuasa telah mengambil keputusan iaitu-keputusan yang berbunyi hanya mazhab syiah dari golongan alziadah dan jafariah sahaja yang telah diterima untuk diamalkan di Malaysia”itu dimansuhkan. 2. Menetapkan bahawa umat islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran islam yang berasakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah,Syariah dan akhlak. 3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaan negeri negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri negeri hendaklah agama islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah,Syariah dan akhlak. 4. Memperakukan pindaan kepada semua undang undang negeri yang berhubung dengan hokum syarak bagi menyelaraskan takrif “hukum syarak”atau”undang undang islam”seperti berikut: “hukum syarak”atau undang undang islam “ertinya undang undang islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnal Wal Jamaah dari segi akidah,syariat dan akhlak. 5. Memperakukan bahawa ajaran islam yang lain daripada pegangan ahli sunnah wal jamaah termasuk syiah (tambahan) adalah bercanggah dengan hokum syarak dan undang undang islam,dan dengan demikian penyebaran apa apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli sunnah waljamaah termasuk syiah (tambahan) adalah dilarang. 6. Menetapkan bahawa semua umat islam dinegara ini adalah tertakluk kepada undang undang islam dan hokum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran ahli sunnah wal jamaah sahaja. 7. Menetapkan bahawa penerbitan,penyebaran dan penyebaran apa apa buku,risalah filem video dan lain lain berhubung dengan ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah waljamaah adalah haram. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI