Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM DAGING KARTEL SYUBHAH (DAGING IMPORT)
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i. Ketulenan halal sesuatu makanan, terutama yang melibatkan daging adalah merupakan suatu perkara yang sentiasa dijaga dan diawasi oleh masyarakat Islam. Samada mencampurkannya dengan sesuatu yang tidak halal mahupun memalsukan yang tidak halal kepada halal adalah merupakan suatu perkara yang sangat sensitif dan tidak boleh diterima. Ini disebabkan syariah Islam amat menekankan umatnya agar sentiasa memastikan makanan yang hendak dimakan adalah halal, Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 172: Maksudnya: wahai orang yang beriman makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya ii. Daging import yang dipalsukan sijil halal dihukumkan sebagai syubhah maka adalah lebih baik menghindari dari memakan daging syubhah tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi saw: إن الحلال بين، وإن الحرام بين، وبينهما مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس، فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه، وعرضه ، ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام Artinya: sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang shubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Maka sesiapa yang takut terhaap syubhah berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatnnya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Hadis nabi saw: أتيت رسول الله [ص] فقال: جئت تسأل عن البر والإسم؟ قال: نعم، فقال: استفت قلبك : االبر ما اطمأنت إليه النفس، واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاق في النفس وتردد في الصدر ، وإن أفتاك الناس وأفتوق. (الراوي: وابصة بن معبد الأسدي | المحدث : النووي | المصدر: الأربعون النووية الصفحة أو الرقم | 27 : خلاصة حكم المحدث : حسن) iii. Berdasarkan taklimat yang disampaikan oleh jabatan-jabatan tersebut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mendapati keraguan kehalalan terhadap daging import yang dipalsukan sijil halal pada kotak-kotak daging tersebut yang berlaku di Senai Johor pada Disember 2020 tidak berbangkit. Ini adalah kerana daging-daging tersebut telah disita, dilupuskan dan tidak berada di pasaran. iv. Selain itu, bagi mengelakkan kegiatan tidak bertanggungjawab ini berulang serta penambahbaikan dapat dilakukan dalam urusan import daging halal termasuk sembelihannya. Maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor ingin menegaskan perkara-perkara berikut: a) Pengimport, pemborong, peniaga hendaklah memastikan daging yang dijual dijamin kehalalannya b) Kerajaan hendaklah memastikan tempat daging yang diimport dijamin kehalalannya c) Kerajaan hendaklah mengenal pasti negara-negara pengimport supaya dipantau dan dikawal proses penyembelihan, simpanan, pembungkusan dan setiap rantaian dari ladang sehingga dieksport hendaklah dikawal d) Kerajaan hendaklah tidak membenarkan pengimport lain selain dari pengimport yang mendapat sijil halal daripada Jakim e) Lesen hendaklah diberikan kepada orang Islam dan tidak boleh dialibabakan f) Pihak berwajib hendaklah menempatkan Pegawai Halal di negara dan tempat pengimport daging tersebut g) Adalah disyorkan agar Majlis Agama Islam Negeri Johor terlibat secara langsung dalam pengimportan daging halal untuk dibekalkan kepada umat Islam di negeri Johor Darul Ta’zim khususnya. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI