Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HIBAH BERSYARAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i. Sighah صيغة hibah boleh dibuat secara lisan, bertulis atau isyarat. ii. Sighah صيغة hibah yang dibuat secara isyarat hendaklah difahami oleh pemberi hibah dan penerima hibah serta dibuat dalam majlis yang sama. iii. Apa-apa sighah صيغة hibah yang dibuat secara bersyarat atau untuk suatu tempoh tertentu adalah tidak sah dan terbatal. iv. Sighah صيغة bagi hibah رقبى dan عمرى adalah sah dan ianya boleh dilaksanakan di Negeri Johor Darul Takzim. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI