Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENGURUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH DALAM KALANGAN WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i. “Anggota Polis beragama Islam tidak diharuskan mengusung jenazah anggota polis bukan islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak yang memerlukan dia melakukannya. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat keperluan mendesak maka ia diharuskan dengan syarat tidak terlibat dalam sebarang upacara keagamaan. ii. Tidak harus jenazah anggota polis beragama islam diusung oleh anggota polis bukan beragama islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak kerana orang islam hendaklah diutamakan dalam urusan berkaitan agama islam dan tujuan mengiringi jenazah adalah syafaat kepada jenazah. iii. Dilarang anggota polis beragama islam terlibat tanpa sebarang keperluan mendesak dalam pancaragam sewaktu upacara pengebumian anggota polis bukan beragama islam. iv. Dilarang melaksanakan tembakan selepas pengebumian jenazah anggota polis beragama islam kerana muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan ditanah perkuburan. v. Dilarang meniup bugle selepas upacara pengebumian dijalankan kerana ia termasuk meninggikan suara ditanah perkuburan serta upacara tersebut tiada faedah dari segi syarak. vi. Dilarang menggunakan bunyi-bunyian atau muzik dalam pengurusan jenazah orang islam sama ada dalam polis atau selainnya. vii. Dilarang menggunakan pakaian seragam anggota yang mengandungi kalimah Allah dan Muhammad kepada mayat anggota polis tersebut sama ada islam atau bukan islam. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI