Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA BERKENAAN PEMILIKAN HAK BAITULMAL DALAM HARTA PUSAKA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Berdasarkan pendapat Imam As-Syafie bahawa harta pusaka simati boleh terhak kepada Baitulmal yang ditadbir urus dengan baik seperti yang ada sekarang. Justeru, Baitulmal adalah pewaris pusaka harta simati yang tidak mempunyai waris dan juga mempusakai bagi harta pusaka yang tidak dapat dihabisi oleh waris.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI