Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA AGIHAN ASNAF FI SABILILLAH
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bersetuju agar satu garis panduan khusus berkaitan dengan agihan asnaf fi sabilillah dibuat dengan berpandukan kepada dua aliran pendapat iaitu: Pendapat pertama: Para ulama yang mengkhususkan makna fi sabilillah hanya untuk jihad di medan perang. Pendapat kedua: Para ulama yang memperluaskan makna fi sabilillah dengan maksud segala kebaikan menuju keredhaan Allah SWT. Tujuan gabungan kedua-dua aliran ini adalah supaya pengagihan asnaf fi sabilillah dapat dilakukan dengan lebih sempurna mengikut kehendak syarak disamping mengikuti perkembangan dan keperluan semasa. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI