Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA PEMBINAAN GELANGGANG RAKYAT DIATAS PTD 15580,HS(D)23011,TAPAK SURAU TAMAN PELANGI MUKIM TANGKAK,LEDANG MUAR
بسم الله الرحمن الرحيم “Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Tanah Wakaf Mempunyai Hukum-Hukum Yang Tersendiri Dan Wajib Dipatuhi,Antaranya Ialah Tanah Wakaf Hendaklah Digunakan Mengikut Hujjah Wakaf Atau Sighah Wakaf.Oleh Itu,Pembinaan Gelanggang Rakyat Diatas Ptd 15580,Hs(D)23011,Tapak Surau Taman Pelangi Mukim Tangkak,Ledang Muar Adalah Tidak Harus. Justeru Pihak Kementerian Belia Dan Sukan Hendaklah Melakukan Istibdal Dengan Mencari Kawasan Lain Sebagai Gantian Kepada Luas Kawasan Yang Telah Digunakan Bagi Projek Pembinaan Gelanggang Rakyat Yang Sedia Ada Dan Diserahkan Kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor Dengan Syarat : 1. Luas Tanah Tersebut Lebih Besar Atau Sama Dengan Tanah Yang Digunakan 2. Nilaian Tanah Tersebut Lebih Tinggi Atau Sama Dengan Tanah Yang Digunakan Sekiranya Istibdal Syarie Tidak Dapat Dilaksanakan Dengan Sebab-Sebab Syarie Maka Pihak Kementerian Belia Dan Sukan Hendaklah Membayar Nilai Kawasan Yang Telah Digunakan Mengikut Harga Semasa Atau Lebih Tinggi Sebagaimana Yang Ditetapkan Oleh Pejanat Penilaian Negeri Johor Dan Wang Tersebut Diamanahkan Kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor Didalam Tabung Amanah أموال البدل (Wang Gantian) Bagi Tujuan Membeli Satu Kawasan Lain Sebagai Tapak Surau Dalam Taman Berkenaan.Sekiranya Tiada Keperluan Untuk Didirikan Surau Di Taman Berkenaan Maka Boleh Lah Dimana-Man Kawasan Dalam Mukim Tersebut,Sekiranya Tiada Keperluan Dalam Mukim Tersebut Maka Boleh Lah Dimana-Man Mukim Di Daerah Ledang (Sekiranya Didaerah Ledang Tiada Keperluan Maka Boleh Lah Di Mana-Man Kawasan Didaerah-Daerah Lain Didalam Negeri Johor)Sebagai Gantian Kawasan Tanah Surau Yang Digunakan Itu”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI