Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENYEMPURNAKAN PROJEK AL-QURAN BRAILLE ELEKTRONIK UNTUK KEGUNAAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) PENGLIHATAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Harus menurut hukum syarak menggunakan wang zakat daripada peruntukan asnaf fi sabilillah untuk diberikan kepada kumpulan penyelidikan al-Quran braille elektronik untuk kegunaan gologan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dibawah kendalian sketeriat projek E Braille al-Quran fakulti kejuruteraan mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI