Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PENGESAHAN KAEDAH RAWATAN ISLAM DI PUSAT RAWATAN DAN URUTAN D’SUFI NEGERI JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Pengesahan bagi kaedah rawatan islam di Pusat Rawatan Dan Urutan D’sufi Negeri Johor sewajarnya diserahkan kepada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk melantik panel-panel serta meneyediakan garis panduan pegesahan kaedah rawatan perubatan Islam bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana pengesahan sijil halal yang dibuat oleh Bahagian Halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor Selain itu, gelaran “Guru Kudus” kepada Encik Muhammmad Nizam bin Osman, Pengasas Pusat Rawatan Dan Urutan D’sufi hendaklah dibuang untuk mengelakkan kekeliruan oleh masyarakat. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI