Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM PUASA BAGI PESAKIT DIALISIS DAN PESAKIT YANG MENGGUNAKAN INHALER
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Rawatan dialysis peritoneal dan hemodealysis yang dilakukan oleh orang yang berpuasa pada siang hari bulan ramadan tidak membatalkan puasa. 2. Penggunaan alat sedut (inhaler) untuk rawatan asma adalah membatalkan puasa. 3. Bagi pesakit yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan alat sedut itu, kewajipan berpuasa gugur ke atasnya dan diwajibkan membayar fidyah iaitu satu cupak beras bersamaan 688 gram atau ¼ kadar harga fitrah semasa untuk setiap hari yang ditinggalkan. والله اعلم بالصواب.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI