Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM TANAH PERKUBURAN DIRANCANGAN FELDA YANG TELAH DIWARTAKAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Tanah perkuburan dirancangan FELDA yang telah diwartakan sebagai tanah perkuburan dihukumkan sama seperti hukum wakaf Irsod. Oleh itu, mana-mana bahagian daripada tanah-tanah tersebut yang telah diusahakan oleh pihak FELDA atau koperasi FELDA dengan tanaman kelapa sawit dan yang berhasil serta mendapat keuntungan hendaklah pengurusannya diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor, segala kos pengurusan, pentadbiran dan pembangunan seperti menebang pokok, kos anak-anak pokok dan lain-lain hendaklah dibayarkan kepada pihak koperasi manakala keuntungannya hendaklah dibahagi dua, dan jika belum mendapat sebarang keuntungan pihak yang mengusahakan boleh meneruskan pengurusan sehingga pihak yang menguruskan mendapat keuntungan.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI