Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

BUKU-BUKU YANG MENGANDUNGI BAHAN BERKAITAN FAHAMAN WAHABI DAN SYIAH
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Buku syarah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang ditulis oleh Yazid bin Abdul Kadir Jawas terbitan Pustaka As Syafie Jakarta, Indonesia mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan fahamn Ahli Sunnah wal Jamaah Al Asya’irah dan Al Maaturidiah yang menjadi pegangan umat Islam di negeri Johor Darul Ta’zim. Justeru, buku ini diharamkan dan dilarang umat Islam di negeri Johor Darul Ta’zim untuk memiliki, membaca, mencetak, menjual, membeli, menyebar, mempamer, mempromosi dalam apa jua bentuk sama ada melalui buku, internet, rakaman audio atau video atau apa jua bentuk terbitan yang ada kaitan dengan buku ini. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI