Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

KAEDAH MELUPUSKAN AYAT-AYAT ALQURAN YANG TERDAPAT PADA MAJALAH DAN BUKU SEKOLAH AGAMA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Demi menjaga kemuliaan dan kehormatan ayat-ayat Al Quran , majalah-majalah dan buku-buku sekolah agama yang padanya terdapat ayat-ayat Al Quran hendaklah dilupuskan mengikut kaedah pelupusan Al Quran yang sedia ada iaitu dengan cara dibakar dan abu Al Quran tersebut dilarutkan ke dasar laut. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI