Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM MENGGUNAKAN AIR WANGI UNTUK MENGHILANGKAN NAJIS
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan seperti berikut : "Alat semburan pewangi berbentuk cecair yang dijadual dipasaran tidak boleh digunakan untuk menghilangkan najis. Sama ada najis ringan (mukhaffafah), atau najis pertengahan (mutawassitah), atau najis berat (mughallazah) menurut Mazhab Syafie. Kegunaannya hanya sebagai alat fungsi yang boleh menghilangkan bau busuk dan seterusnya mengharumkan persekitaran. Oleh itu, mana-mana tempat yang terkena najis hendaklah disucikan dengan menggunakan air mutlak sehingga hilang ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya iaitu bau, warna dan rasa. Selepas proses penyucian siap dilakukan, barulah boleh digunakan alat semburan pewangi yang bertindak hanya sebagai mengharumkan bau yang tidak menyenangkan untuk dihidu. Berpegang dengan Mazhab Syafie dalam isu ini adalah lebih sesuai kerana kita hidup di dalam sebuah negeri yang mempunyai banyak air yang bersih dan suci. Begitu juga, ia boleh mendidik masyarakat supaya tidak mengambil ringan dalam masalah penyucian najis ini yang ada hubung kait dengan kesahihan ibadat.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI