Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERUBAHAN WAKTU SOLAT SUBUH DI NEGERI JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut jawapannya seperti berikut : Bersetuju bahawa permulaan waktu solat subuh bagi Negeri Johor Darul Ta'zim adalah menggunakan parameter altitud matahari pada 18 darjah di bawah ufuk. Perubahan ini menyebabkan waktu solat subuh sedia ada yang (menggunakan parameter 20 darjah) bagi Negeri Johor Darul Ta'zim perlu ditambah sebanyak 8 minit. Atas titah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Darul Ta'zim perubahan waktu subuh ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah

chevron_left KEMBALI