Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA BERKAITAN BEKAS SEMBELIHAN AYAM
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: " Kaedah penyembelihan ayam menggunakan bekas penggantung berbentuk kon yang menggantikan kaedah Stunner sebelum ini adalah harus mengikut hukum syarak. Kaedah pemprosesan ayam yang dilakukan oleh Ayamas Food Corporation Sdn Bhd ini bertepatan dengan konsep ‘Halalan Toyyiba’ sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang berbunyi: Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitn, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI