Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA BERKAITAN PENENTUAN LAFAZ KETIKA MEMBELI AL-AN’AM BAGI TUJUAN QURBAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Mengikut mazhab syafie qurban menjadi wajib dengan sebab nazar dan ta’yin. Contoh lafaz nazar ialah "لله علي أن ضحي بهذه"ertinya : kerana Allah wajib atasku berqurban dengan kambing ini. Atau lafaz lain "جعلتها أضحية" ertinya: aku jadikan ia qurban. Oleh itu , mengikut mazhab syafie sesiapa yang melakukan samaada dengan sebab nazar atau ta’yin, maka dia (orang yang melakukan qurban) dan mereka yang berada dibawahtanggungannya haram mengambil sedikitpun daripada daging qurban wajib tersebut, bahkan wajib baginya untuk mensedekahkan kesemuanya. Walaubagaimanapun, berpegang dengan mazhab syafie dalam isu lafaz qurban ta’yin menyebabkan qurban sunat yang dilakukan leh masyarakat Islam (yang rata-rata tidak memahami masalah lafaz ini) pada Aidil adha dan hari-hari tasyrik menjadi qurban wajib. Justeru, pendekatan “التوفيق” diantara Mazhab syafie yang mengharamkan makin daging qurban wajib dengan Mazhab Hanbali yang mengharuskan makan daging qurban wajib adalah wajar dilakukan demi menyelesaikan masalah masyarakat Islam yang melakukan qurban setiap tahun. “التوفيق” dalam masalah ini adalah seperti berikut: i. Bagi mereka yang melakukan qurban sunat dan qurban menjadi wajib disebabkan “تععين” dan berhajat atau melakukan daging qurban tersebut, maka bolehlah dia mengambil dengan kadar yang ma’ruf. ii. Manakala bagi mereka yang melakukan qurban sunat dan qurban tersebut menjadi wajib disebabkan “تععين” dan tidak berhajat atau tidak memerlukan daging qurban tersebut, maka janganlah dia mengambil walaupun sedikit. Namun, bagi mereka yang keras berpegang dengan mazhab syafie dalam masalah lafaz ini, maka tidaklah salah dia berpegang dengan pendapat tersebut, tetapi dia juga hendaklah meraikan fatwa ini demi maslahah masyarakat Islam. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI