Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PELAKSANAAN PENGGALAKAN POTONGAN GAJI BULANAN MINIMUM SEBANYAK RM 10 BAGI INDIVIDU YANG TIDAK WAJIB ZAKAT PENDAPATAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Islam sangat menganjurkan amalan yang berasaskan kepada konsep تَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ iaitu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan sebagaimana firman Allah d di dalam Surah Al-maidah ayat 2 وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ Ertinya :Dan Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan Dan bertaqwa dan Janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. oleh itu, skim potongan gaji bulanan minima sebanyak RM10 bagi individu yang tidak wajib membayar zakat pendapatan adalah satu amalan mustahab (yang digalakkan) di sisi syara'. Justeru, pihak majlis bolehlah memulakan amalan yang mulia ini bagi memberi peluang kepada kakitangan kerajaan dan swasta untuk membuat amal kebajikan secara Istiqamah melalui potongan gaji. Walaubagaimanapun hendaklah setelah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pegawai berkenaan”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI