Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA RAWATAN PEMBEDAHAN BATIN DI NEGERI JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Tidak bersetuju dengan rawatan pembedahan batin kerana i. Ketiadaan bukti yang jelas dari segi pengiktirafan kepakaran untuk merawat pesakit Ii. Adanya unsur penggunaan jin bagi tujuan rawatan iii. ketidakpastian dari segi penyampaian maklumat kepada pesakit antaranya berlaku percanggahan dalam pemberian maklumat antara kenyataan dalam blog-blog pusat rawatan tersebut dengan jawapan yang diberikan pengamal dalam sesi temu bual yang dijalankan oleh bahagian penyelidikan jabatan agama islam negeri johor iv. kaedah rawatan yang tidak menepati syarat yang boleh menimbulkan fitnah iaitu percampuran tempat rawatan lelaki dan perempuan tanpa penghadang sentuhan perawat lelaki ke atas pesakit perempuan dan pendedahan aurat والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI