Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

KETETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 1440H BERSAMAAN 2019M
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Bersetuju kadar zakat fitrah yang ditetapkan ke atas umat Islam di Negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 1440H bersamaan 2019M adalah berdasarkan kepada jenis beras yang paling banyak dimakan oleh umat Islam di Negeri Johor Darul Takzim. Justeru kadar zakat fitrah Negeri Johor telah ditetapkan pada dua kadar sebagaimana berikut: 1.RM 7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh) bagi umat Islam yang menjadikan beras hariannya untuk dimakan beras jenis super tempatan 2.RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) bagi umat Islam yang menjadikan beras hariannya untuk dimakan beras selain super tempatan (beras import) seperti beras wangi, beras basmati dan seumpamanya. Bersetuju resit zakat fitrah Negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 1440H bersamaan 2019M hendaklah dibuat dua kadar iaitu RM 7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh) dan RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh). والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI