Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

SUMBANGAN KEPADA MARSAH SENDIRIAN BERHAD DIJADIKAN MODAL
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i. Bersetuju bekalan perabot untuk asrama marsah bernilai RM391,170 yang telah dijelaskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor pada 9 November 2017 dijadikan sebagai modal. ii. Bersetuju sumbangan belanja mengurus marsah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk tahun 2017 sebanyak 3 juta dijadikan sebagai modal. iii. Bersetuju sumbangan belanja mengurus marsah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk tahun 2018 sebanyak 2 juta dijadikan sebagai modal. iv. Bersetuju sumbangan belanja mengurus marsah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk tahun 2019 sebanyak 1 juta dijadikan sebagai modal. v. Bersetuju segala sumbangan selepas ini daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada marsah sendirian berhad sebagai modal”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI