Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

ULASAN DAN FATWA TANAH HAK MILIK PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM MERSING DI ATAS HSD 2408 PTD 3435 SELUAS 202.340 HEKTAR (500 EKAR) DIRIZAB TADAHAN AIR LABUNG MUKIM TRIANG DAERAH MERSING.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i. Tanah milik pertubuhan kebajikan anak-anak yatim islam mersing merupakan hak milik pertubuhan kebajikan anak-anak yatim isam mersing dan bukan tanah wakaf. ii. Hukum pengambilan tanah tersebut bagi tujuan tadahan air adalah harus dan bertepatan dengan kehendak maqasid syariah demi memenuhi kepentingan awam. iii. Jawatankuasa juga berpandangan sewajarnya pihak kerajaan mengurniakan denngan tapak yang lain demi memastikan kebajikan pertubuhan anak yatim islam mersing. iv. Memandangkan tanah tersebut sudah mengeluarkan hasil maka pihak kerajaan hendaklah memberi pampasan kepada pertubuhan kebajikan anak-anak yatim islam mersing demi kepentingan pertubuhan tersebut. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI